Contoh Resume
Pengenalan
Resume adalah dokumen yang lazimnya disediakan oleh seseorang untuk memohon pekerjaan di sesebuah syarikat. Kebiasaannya para pelajar lepasan universiti dan kolej akan berlumba-lumba menyediakan resume sebagai langkah awal untuk mencari peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian mereka. Dokumen ini amat penting kerana ia merupakan suatu peluang bagi pencari kerja untuk memberikan tanggapan pertama kepada majikan sebelum dinilai dengan lebih lanjut menerusi sesi temuduga.
Contoh Resume
Kandungan resume atau format resume merangkumi maklumat ringkas peribadi, pencapaian akademik, kemahiran dan beberapa maklumat yang perlu berdasarkan bidang pekerjaan yang dimohon. Majoriti pengguna melanggan internet untuk tujuan komunikasi, jaringan sosial, mendapatkan maklumat dan hiburan, pembelajaran, berkaitan
pekerjaan, pembelian dalam talian, perkhidmatan kerajaan dan aktiviti kewangan.
Sehubungan itu, platform resume online ini dijangka membantu orang ramai untuk menyediakan resume yang terbaik sebelum memohon kerja. Antara tips cipta resume mudah adalah seperti berikut :
- Pilih Template Resume yang simple dan sesuai
- Pastikan anda memilih tulisan atau font yang jelas dan senang dibaca
- Letakkan objektif yang ringkas serta berkaitan dengan jawatan yang dipohon
- Pastikan anda menulis maklumat secara ringkas dan padat dalam format resume
- Akhir sekali, pastikan tiada kesalahan ejaan dan kesilapan tatabahasa
Berikut adalah contoh resume yang boleh didapati sekarang.
Persaingan yang semakin tinggi hari ini memberikan cabaran kepada pencari kerja untuk memikat majikan yang menawarkan pekerjaan. Justeru, dengan menyediakan template resume yang terbaik, majikan akan mendapat tanggapan pertama yang baik terhadap calon-calon yang mereka inginkan. Keyakinan diri pasti akan bertambah apabila resume mudah yang digunakan mampu menarik minat majikan berbanding calon pencari kerja yang lain
Rumusan
Oleh itu, jika anda ada masalah untuk menghasilkan resume, anda boleh melayari laman web JabatanKerja untuk maklumat lanjut. Umum mengetahui bahawa mencari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai usaha untuk mendapatkan sebarang jenis pekerjaan sekalipun, seseorang individu itu haruslah mengetahui cara dan platform yang betul untuk memohon pekerjaan. Kesimpulannya, Semoga panduan buat resume mudah ini dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diidamkan.